Saturday, January 17, 2009

Chikungunya

Tanda-tanda penyakit ini dimulai dengan sakit tekak, demam panas yang sangat kuat, batuk seperti batuk kering, sakit disendi sehingga kadangkala seperti hendak lumpuh. Juga ada simtom seperti demam denggi dan seperti demam campak. Dipercayai disebarkan oleh nyamuk dan biasanya berlaku di Afrika.Kaedahnya dalam perubatan Jawi menggunakan herba yang dapat meningkatkan imuniti seperti D Det, spirumadu, Roselle, omega 3 dan kapsul radix. InsyaAllah sembuh dengan Izin Allah.

Sekali lagi perbincangan tentang penyakit ini menjadi isu dan saudara boleh membaca tulisan saya yang telah lalu berhubung dengan masalah ini.Penyakit yang menyerupai tanda demam denggi dan Malaria ini juga boleh diterapi dengan menggunakan habbatus sauda kerana habbatus sauda terbukti dalam kajian saintifik mampu memecahkan dinding sel virus serta menghapuskanya. Habbatus sauda juga sangat baik untuk batu dalam hempedu dengan disinergikan bersama minyak zaitun.Jika ditambah sinerginya lagi dengan madu ia juga dijadikan ubat bagi masalah slip disc (masalah tulang belakang). Dalam buku 13 kaedah detox ianya termasuk dalam kaedah pengubatan Islam kerana pernah digunakan oleh Rasullulah s.a.w merujuk kepada beberapa hadis-hadis tertentu.

No comments:

Post a Comment