Friday, January 23, 2009

Teh Herba Untuk Demam Denggi

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (Genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2. Bintik merah pada kulit
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5. Hilang selera makan
6. Muntah-muntah
7. Sakit perut

Statik kes denggi di Malaysia ialah 30,285 kes dengan 65 kematian pada tahun 2007 berbanding 34,386 kes dikesan dengan 70 kematian untuk tahun 2006.

Dalam pengubatan Jawi kaedah perawatan yang dicadangkan ialah menggunakan teh herba yang pekat (kental); iaitu satu jag air panas dicampur dengan 10 sachet Teh Herba HPA. Minum selang sejam sedikit demi sedikit sehingga habis satu jag air dalam masa 24 jam. InsyaAllah akan pulih dalam tempoh yang segera.

Teh Herba HPA menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Oleh sebab itu, Teh Herba HPA juga elok dijadikan amalan selepas pembedahan, penyembuhan luka dan juga untuk wanita selepas melahirkan anak.



No comments:

Post a Comment