Sunday, May 24, 2009

DEEP C

Hari ini saya sepetang menyiapkan masakan herba Deep Cleansing yang kini diluluskan pendaftaranya oleh KKM atas nama Deep C.Semua herba disiapkan terlebih dahulu dan DC menggunakan herba-herba yang sukar didapati.Ada yang terpaksa kami ambil dari kawasan tinggi utara Thailand.Ubi "krong kemau" yang digunakan untuk ayam sabung tenyata menjadi herba utama dalam Deep C.

Saya pelajari ilmu ini dari herbalis di Bangkok 7 tahun dahulu.Beliau sebenarnya seorang pilot kemudian menjadi sami dan isterinya berkerja di Istana Raja Thailand.Beliau sanggup datang ke Jejawi Perlis dan selama 2 hari mengajar saya memasak di kampung.Ibu saya menjadi penterjemah bahasa Thailand ke bahasa Malaysia yang cekap.Sepanjang 2 hari kami banyak juga bercakap tentang ketuhanan.Seperti yang kita tahu mereka mempunyai tauhid rububiyah iaitu mengakui bahawa alam ini adalah diciptakan oleh tuhan.Tuhan dalam istilah mereka ialah OOM mungkin sama seperti ugama Hindu.

Beliau banyak menceritakan tentang ajaran Budha namun sangat tertarik dengan kesamaan yang terdapat dalam ajaran Nabi kita.Perbincangan semakin hangat sama hangat dengan herba yang dimasak.Kesimpulannya saya melihat mereka menolak Islam kerana mereka tidak mengenal Islam.Bila tidak Kenal maka tidak cinta sama seperti orang yang menolak HPA lantaran mendengar kabar dari luar.

Sesudah 2 hari beliau mohon kembali ke utara Bangkok dan saya tetap memohon agar Allah buka pintu hatinya kepada ISLAM

PRODUK CURCUMIN

Merupakan produk baru yang dihasilkan daripada kunyit terpilih untuk tujuan kesihatan terutamanya sebagai "pencuci Rahim" kepada wanita.

Kunyit memang membersihkan rahim terutamanya peradangan,keputihan,ketumbuhan dan sebarang jangkitan.Rimpang kunyit digunakan bersama IMT menjadi ubat untuk fibroid yang berkesan disamping itu curcumin juga adalah herba antibiotik alami yang sangat kuat.Kelebihan kunyit dalam kajian sunguh banyak seperti:-
1. Alzheimer's disease
2. kanser
3. gangguan hati
4. Sakit sendi
5. demam kuning
6. Senggugut
7. kencing berdarah
8. buasir
9. penyakit kardiovaskular
10. menurunkan kolesterol dll.
Kunyit mengandungi 5% essential oil dan 3% curcumin(polyphenol).Pengambilan produk untuk efektif adalah seperti berikut:
berat badan dibawah 50kg - 2 x 3
berat badan antara 50kg - 90 kg - 3x3
lebih daripada itu/perawatan - 5x 3.

InsyaAllah satu produk lagi yang bernilai tinggi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

Friday, April 3, 2009

Penyakit Kencing Manis

Penyakit ini merupakan satu penyakit yang perlu dikawal dengan sebaik-baiknya jika tidak ia akan menjadi silent killer.Selain daripada ubatan herba seperti plantisol,teh herba ,habatul sauda,Vitex,teh tropika dan lain-lain lagi herba yang boleh disinergikan,penyakit KM ini sangat tergantung kepada dua faktor iaitu:-
1. pemakanan
2. kerehatan.

Elakan daripada pengambilan nasi putih,gula putih,roti dan makanan yang menggunakan santan seperti nasi lemak dll.Pengambilan herba akan menjadi tidak berkesan jika masih terus dengan pengambilan tersebut apatah lagi jika kita sentiasa mengambil teh tarik yang dimasukan sakarin(pemanis buatan) yang tinggi.Orang yang ada KM memerlukan waktu berehat terutama pada waktu malam dan keadaan ini akan lebih parah jika pesakit juga masih makan pada waktu malam.

Sumber tenaga yang baik untuk pesakit kencing manis ialah daripada buah kurma dan madu lebah dan penggunaan santan digantikan dengan VCO ataupun minyak zaitun.Orang yang belum ada penyakit KM juga dinasihatkan agar menyediakan menu menggunakan makanan sihat seperti minyak vco menggantikan santan dalam penyediaan nasi lemak.

Kapsul mengkudu juga boleh digunakan dan pesakit KM jangan mengambil sama sekali minuman berkarbonat.Herba terus diamalkan istiqamah disamping pantangnya yang perlu dipatuhi.

Saturday, February 21, 2009

Pelawas


Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolestrol yang tinggi. Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus.

Pelawas dapat mengurangkan risiko penyakit dengan mengurangkan masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolestrol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Sehubungan dengan itu, Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat lemak-lemak dan asid hempedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.

Produk yang bertindak sebagai serat mudah larut amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah. Pelawas juga dapat menyerap air tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel sysdrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar). Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Komposisi :
Ipomea Reptans 270mg

Pemgambilan dos : Amalkan 2 kapsul pada malam dan 1 kapsul pada siang.

Harga :
S.M RM 20.00
S/S RM 22.00

Order Produk dan Cara Bayaran


PESANAN & PEMBELIAN PRODUK

1. Hubungi En Rusli:
a) Telefon bimbit: 012-6692306 atau 019-2078375
b) E-mail: rgiman@gmail.com
c) Sila emailkan butiran dan maklumat seperti berikut :
  • Nama Penuh Anda:
  • Nama Produk & Kuantiti:
  • Alamat Penghantaran:
  • No. Telefon Anda:
  • Tarikh bayaran, masa bayaran & jumlah bayaran:
  • Akaun dimasukkan :Maybank

(anda juga boleh SMSkan nama anda, Tarikh bayaran, masa bayaran & jumlah, dan Maybank)

2. Cara penghantaran:
Pos laju atau Gdex (Penghantaran terus boleh dilakukan jika pembeli di sekitar Shah Alam)
3. Kos Penghantaran Produk:
Harga produk yang tertera dalam web tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran ditambah berdasarkan berat produk. Kami akan beri anggaran kos pos kepada anda setelah anda memaklumkan senarai produk yang anda ingin pesan.
4. Kaedah Bayaran:
Secara Online atau Bayaran Secara Tunai (Cash Deposit) Melalui Mesin ATM
Maybank Malaysia Berhad (Maybank2u.com)
Nama Pada Akaun: Rusli bin Wagiman
No. Akaun: 162085466474

Monday, February 9, 2009

D' Det (Pemusnah Racun)

D' Det membawa konsep pembersih atau 'cleansing' melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap ginjal, nodus limpa, usus, paru-paru dan darah. kami tidak menegaskan disini bahawa semua penyakit boleh diubati dengan fomula ini. Tetapi kami ingin menyampaikan berita gembira bahawa ramai individu yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D' Det. Produk ini bukanlah ubat dan makanan kekesihatan sebarangan. Ia berpotensi lebih dari ubat biasa. Tidak semestinya penyakit dapat disembuh dengan ubat kimia, penyinaran kimoterapi atau pembedahan.
Tubuh yang diselimuti racun akan mempengaruhi sistem imuniti. Sementara sistem imuniti yang rendah akan mempengaruhi metabolisma tubuh. Kita tidak perlu mempermasalahkan penyakit, kerana yang perlukita aktifkan ialah sistem imuniti. Bukankah penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, ghout dan penyakit lain bermula dari lemahnya daya tahan dalam tubuh kita? Bagaimana melihat keberkesanan herba dalam tempoh yang tercepat? Mengapa orang lain sihat ketika kita sakit? Kenapa bila kita sakit tenaga kita hilang?

Inilah petanda paling mudah untuk menilai penyakit dan ubat. Bila kita mengambil ubat dan kita kembali bertenaga (energi) sama dengan tenaga imuniti yang semakin hidup mampu menolak penyakit keluar dari tubuh badan kita. Setelah 7 hari mengambil D' Det tenaga semangkin bertambah. Ini menandakan sistem imuniti kita semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan kita. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu D' Det juga terkenal sebagai pembangkit (empowing) daya tahan tubuh yang ampuh..

Komposisi (60 kapsul per botol) :
Spirulina
Vitex pubescens
Morinda Elliptica
Andrographis paniculata
Tinospora tuberculata
Hidrocotyle Asiatica

Dos:
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan 40 kg kebawah (2 kapsul sehari) . Untuk berat badan 40 kg ke atas (4 kapsul sehari). Amalkan sebelum makan (perut kosong), Bagi penghidap ulser & gastrik, ulser ambil selepas makan.

Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 85

Harga Pengedar HPA Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 65

Friday, January 23, 2009

Teh Herba Untuk Demam Denggi

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (Genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2. Bintik merah pada kulit
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5. Hilang selera makan
6. Muntah-muntah
7. Sakit perut

Statik kes denggi di Malaysia ialah 30,285 kes dengan 65 kematian pada tahun 2007 berbanding 34,386 kes dikesan dengan 70 kematian untuk tahun 2006.

Dalam pengubatan Jawi kaedah perawatan yang dicadangkan ialah menggunakan teh herba yang pekat (kental); iaitu satu jag air panas dicampur dengan 10 sachet Teh Herba HPA. Minum selang sejam sedikit demi sedikit sehingga habis satu jag air dalam masa 24 jam. InsyaAllah akan pulih dalam tempoh yang segera.

Teh Herba HPA menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Oleh sebab itu, Teh Herba HPA juga elok dijadikan amalan selepas pembedahan, penyembuhan luka dan juga untuk wanita selepas melahirkan anak.



Tuesday, January 20, 2009

Saturday, January 17, 2009

Chikungunya

Tanda-tanda penyakit ini dimulai dengan sakit tekak, demam panas yang sangat kuat, batuk seperti batuk kering, sakit disendi sehingga kadangkala seperti hendak lumpuh. Juga ada simtom seperti demam denggi dan seperti demam campak. Dipercayai disebarkan oleh nyamuk dan biasanya berlaku di Afrika.Kaedahnya dalam perubatan Jawi menggunakan herba yang dapat meningkatkan imuniti seperti D Det, spirumadu, Roselle, omega 3 dan kapsul radix. InsyaAllah sembuh dengan Izin Allah.

Sekali lagi perbincangan tentang penyakit ini menjadi isu dan saudara boleh membaca tulisan saya yang telah lalu berhubung dengan masalah ini.Penyakit yang menyerupai tanda demam denggi dan Malaria ini juga boleh diterapi dengan menggunakan habbatus sauda kerana habbatus sauda terbukti dalam kajian saintifik mampu memecahkan dinding sel virus serta menghapuskanya. Habbatus sauda juga sangat baik untuk batu dalam hempedu dengan disinergikan bersama minyak zaitun.Jika ditambah sinerginya lagi dengan madu ia juga dijadikan ubat bagi masalah slip disc (masalah tulang belakang). Dalam buku 13 kaedah detox ianya termasuk dalam kaedah pengubatan Islam kerana pernah digunakan oleh Rasullulah s.a.w merujuk kepada beberapa hadis-hadis tertentu.

Friday, January 16, 2009

Adakah Anda Sihat ?

Salam sejahtera buat pengunjung laman ini.....

Kita boleh mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau tidak upaya. Jadi anda boleh fikirkan adakah anda sihat atau tidak. Di Koleksi-Herba anda boleh mencari apa yang anda perlukan sebagai alternatif menjaga kesihatan anda, sekali gus dapat menjana wang untuk perbelajaan harian anda.